USM strengthens collaboration with IHL in Japan

Universiti Sains Malaysia (USM) further strengthened its relationship with the universities of higher learning in Japan through the signing of two memorandums of understanding (MoU) recently.

At present, the institutions of higher learning (IHL) in Japan are USM’s largest academic and research partner which accounts for 18.6% of USM’s 221 existing collaboration with more than 23 countries in the world.

This was followed by collaborations with institutions of higher learning in Saudi Arabia and Australia. Other countries include the United States, Thailand, Indonesia, United Kingdom, Singapore, Republic of Cuba, India and South Korea.

USM Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Omar Osman said in his officialvisit to Japan recently, USM signed two memorandums of understanding with Japan Advanced Institute of Science and Technology-JAIST) and RIKEN Institute, a leading research and higher education institution in Japan.

"This collaboration will further strengthen the working relationship with Japan's leading universities to ensure that we benefit from the research collaboration and academic programmes offered in view of the sophisticated technology and expertise capacity they developed over the years," said Omar.

With JAIST, USM will explore the offering of new Knowledge Science programmes while with RIKEN Institute, USM hopes to strengthen the cooperation in the earlier MoU signed in September 2011 in USM when the President of RIKEN Institute, Professor Ryoji Yonori, a world renowned scientist and Nobel Laureate recipient was awarded the honorary degree by USM.

USM and RIKEN have collaborated since 2003 and established a laboratory in USM known as the USM-RIKEN Joint Laboratory for Bioprobe Discovery. This laboratory will become a pioneer in many new science and technology discoveries to produce young researchers in the field of biomass, chemical biology and immunology besides strengthening the research and production of drugs for dengue fever, tubercolosis and HIV using natural resources.

"This MoA is to ensure that the long-planned research can be realized quickly through the cooperation of the scientists from the two institutions," said Omar.

USM has appointed the Director of USM Industrial Network Unit, Prof. K. Sudesh Kumar as the coordinator for this collaboration.

Meanwhile through the understanding with JAIST, USM hopes to strengthen its academic programme as a continuation effort to develop research in the field of local wisdom which is being actively carried out by USM researchers and researchers from other universities.

This agreement covers academic and research cooperation in three strategic areas namely Knowledge Science, Information Science and Material Science. Based on multi-disciplinary approach, the study and research in Knowledge Science offered by JAIST is a branch of knowledge that is unique and comprehensive as it combines the areas of Social Sciences, Management, Marketing, Information Technology (ICT), and so forth.

For further information please contact:

(MOHAMAD BIN ABDULLAH)
Timbalan Pendaftar
Pejabat Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
T: 04.653 2193/3105
F: 04.658 8444
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

In Bahasa Malaysia:

USM Perkukuh Kerjasama dengan IPT Jepun

Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan lagi hubungan dengan universiti-universiti pengajian tinggi di Jepun melalui penandatanganan dua memorandum persefahaman baru-baru ini. Pada masa ini institusi pengajian tinggi di Jepun merupakan rakan kerjasama terbesar USM dalam bidang akademik mahu pun penyelidikan yang merupakan 18.6% daripada kira-kira 221 jalinan kerjasama yang ada dengan lebih 23 buah negara di dunia.

Ini diikuti oleh kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di Arab Saudi dan Australia. Negara-negara lain termasuklah Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, United Kingdom, Singapura, Republik Rakyat Cuba, India dan Korea Selatan.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, dalam kunjungan rasminya ke Jepun baru-baru ini, USM menandatangani dua perjanjiann persefahaman iaitu dengan Institut Sains dan Teknologi Termaju Jepun (Japan Advanced Institute of Science ad Technology – JAIST) dan dengan Institut RIKEN, sebuah institusi penyelidikan dan pengajian tinggi terkemuka Jepun.

“Perjanjian kerjasama ini berjaya merapatkan lagi hubungan dengan universiti terkemuka Jepun ini bagi memastikan kita mendapat faedah dalam mengukuhkan usaha kerjasama penyelidikan mahu pun penawaran program akademik dengan melihat kepada kecanggihan teknologi kapasiti sumber tenaga pakar yang dibangunkan mereka selama ini,” kata Omar.

Melalui persefahaman dengan JAIST, USM akan menerokai penawaran pengajian baru dalam bidang Sains Pengetahuan manakala dengan Institut RIKEN untuk memperkukuhkan persefahaman yang ditandatangani pada September 2011 di USM apabila Presiden Institut RIKEN, Profesor Ryoji Yonori, seorang saintis dunia yang menerima Nobel Laureate dianugerahkan ijazah kehormat USM.

USM dan RIKEN yang telah menjalin kerjasama sejak tahun 2003 juga telah menubuhkan makmal bersama di USM dikenali sebagai ''USM-RIKEN Joint Laboratory for Bioprobe Discovery” yang akan menjadi perintis dalam pelbagai penemuan baru dalam bidang Sains dan Teknologi untuk melahirkan penyelidik-penyelidik muda dalam bidang biomass, biologi kimia dan immunologi serta memnperkukuhkan usaha penyelidikan dan penghasilan drug untuk deman denggi, tubercolosis dan HIV menggunakan sumber-sumber semulajadi.

“MoA ini adalah untuk memastikan penyelidikan yang dirancang sekian lama dapat dizahirkan segera di samping memastikan kerjasama ahli-ahli Sains kedua-dua buah institusi dapat bergabung tenaga secara mungkin bagi merealisasikan hasrat ini,” kata Omar.

Kerana itu, USM telah melantik Pengarah Unit Jaringan Industri USM, Prof. K. Sudesh Kumar sebagai penyelaras bagi kerjasama ini.

Manakala melalui persefahaman dengan JAIST pula, USM berhasrat memperkukuhkan program akademiknya sebagai kesinambungan dengan usaha membangunkan kajian dalam bidang kearifan tempatan (local wisdom) yang kini sedang giat dilakukan oleh para penyelidik di USM bersama rakan-rakan akademik dari universiti lain.

Perjanjian ini meliputi kerjasama akademik dan penyelidikan dalam tiga bidang strategik iaitu Sains Pengetahuan, Sains Maklumat dan Sains Bahan. Berasaskan pendekatan pelbagai disiplin, pengajian dan penyelidikan dalam bidang Sains Pengetahuan yang ditawarkan oleh JAIST merupakan suatu cabang ilmu yang unik serta berbentuk komprehensif. Bidang ini menggabungkan bidang-bidang Sains Sosial, Pengurusan, Pemasaran, Teknologi Maklumat (ICT), Teknologi dan sebagainya.

“Usahasama ini berupaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam Sains Pengetahuan di bawah Sains Pengetahuan yang menawarkan satu kefahaman setempat yang lebih relevan dengan persekitaran masyarakat setempat khususnya masyarakat Asia,” kata Omar.

JAIST terletak di Kanazawa, Jajahan Ishikawa Jepun ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang hanya menawarkan pengajian pada peringkat ijazah tinggi dalam bidang sains dan teknologi termaju untuk melatih dan mendidik ahli sains dan jurutera masa depan bertaraf dunia. Pada masa ini JAIST mengeluarkan kira-kira 4,486 calon sarjana dan 676 orang calon ijazah doktor falsafah yang memainkan peranan penting kepafa industri dan akademik dunia.

Menurut Omar, satu rangka kerja khas akan dibentuk untuk menyelaras aktiviti yang akan disusun dibawah perjanjian ini, termasuk menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sains Pengetahuan.

Sementara itu, Presiden JAIST, Profesor Takuya Katayama berharap lebih ramai pelajar Malaysia akan melanjutkan pengajian mereka di institusi tersebut di bawah rangka kerjasama yang terjalin ini.

Collaboration group

Published: 16 Apr 2012

Contact details:

Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Penang

++604-6533888 (Main Campus), ++609-7651704/00/11(Health Campus), ++604-5937788 (Engineering Campus)
Country: 
News topics: 
Content type: 
Websites: 

http://www.usm.my/ Universiti Sains Malaysia